BORNEO - Pangkalan Bun, seorang lelaki desa pasir panjang Rizki Budian tidak dapat mengawal perasaan terkejut apabila mengetahui kekasihnya yang dia tergila-gilakan selama ini adalah seorang pondan.
Selama 8 bulan mereka menjalinkan cinta, keduanya jarang bertemu kerana Rizki duduk di Pangkalan Bun manakala kekasihnya Laure, 21, di desa Manis Mata.
Menurut Rizki, mereka akan bertemu dalam dua kali sebulan, "saya tak tahu kalau dia sebenarnya lelaki, saya menyesal dan malu" kata Rizki di balai polis Pengkalan Bun.
Dia menceritakan setiap kali mereka bertemu dengan Lauren tak ada rasa curiga sedikit pun, selama 8 bulan Lauren mengaku sebagai seorang perempuan.
Perwatakan Lauren bila dilihat dengan mata kasar sememangnya dapat menipu mana-mana lelaki, sekilas dia nampak sebagai seorang perempuan cantik, putih, gebu, badan melentik tinggi lampai. Tak kalah dengan gerakan badannya yang ayu, lemah lembut bak wanita asli.
Menurut Rizki yang bekerja di Wira swasta semakin rapat hingga perjalanan cinta itu berakhir di sebuah hotel bajet. Namun sayang, ketika kedua hendak melepaskan rindu, tempat hotel mereka bermalam diserbu oleh jabatan agama Pangkalan Bun.
Lauren mengaku datang ke Pangkalan Bun menemui kekasih yang dia tipu melalui laman media sosial itu dan menumpang di salah satu rumah rakannya sepanjang dia bertemu Rizki.
Bagaimanapun keduanya terpaksa dihadapkan di mahkamah di Pangkalan Bun jumaat semalam bagi mempertanggungjawabkan perbuatan mereka.
Ulasan
Catat Ulasan