VIDEO: KEHIDUPAN MEWAH PEMUDA 21 TAHUN BERGELAR DATO'

PETALING JAYA: Kehidupan serba mewah lelaki berusia 21 tahun yang bergelar Dato' telah menarik perhatian netizen apabila postingnya di laman media sosial menjadi tular.

Posting Dato' Muhammad Saiful Muhamad Ali di akaun Facebook dan Instagram mengambarkan gaya hidupnya yang mewah terutama video yang dimuat naik sempena sambutan hari lahirnya yang ke-21.

lihat video >>> >>>VIDEO<<<

Menerusi video itu, Muhammad Saiful dan seorang lelaki yang berusia, mungkin bapanya menuruni jet peribadi dan menaiki kereta mewah Rolls Royce sambil diiringi pengawal.

Mereka kemudiannya dibawa ke majlis sambutan hari lahir Muhammad Saiful yang diadakan di sebuah dewan yang dimeriahkan dengan persembahan muzik dan tarian.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di akaun Instagram, Muhammad Saiful menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' pada 2015.

Berdasarkan maklumat dalam Facebook miliknya pula, Muhammad Saiful juga adalah seorang adalah seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat rakaman dikenali Superstar Records, selain menjadi pengarah kepada tujuh syarikat lain iaitu Saiful Metal Sdn Bhd, Maju Yakin Sdn Bhd, 7 Alis Mart, Restoran Muhammad Ali Rengen, Saiful Car Wash, Asoke Sdn Bhd serta Prezios Design Sdn Bhd.



Ulasan