BUDAK 10 TAHUN ROGOL ANAK JIRAN

BANJAR: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan oleh pihak polis kerana merogol anak perempuan jiran rumahnya yang berusia 7 tahun.

Dikutip dari laporan JPNN, ketua polis Banjar mengesahkan kejadian yang berlaku khamis lalu 27.04.2017 ketika sekumpulan kanak-kanak itu bermain sorok-sorok sekitar jam empat petang.

Menurut pengangkuan mangsa, ia telah diajak oleh suspek melakukan hubungan intim, namun dia menolak.

Hanya kerana takut atas ugutan suspek yang akan memukulnya, mangsa terpaksa merelakan dirinya dirogol.

Bagaimanapun perbuatan itu di ketahui oleh penduduk kampung bernama Rosalinda (nama samaran) dan melaporkan kejadian itu kepada ahli keluarga mangsa.

Setelah disoal siasat, mangsa mengaku telah dipaksa oleh suspek. Sejurus itu, orang tua mangsa yang tidak berpuas hati melaporkan kejadian kepada pihak polis.

"Pihak polis yang menyiasat mendapati mangsa terpengaruh dengan adegan filem lucah yang dia tonton melalui telefon bimbit milik orang tuanya yang dihubungkan ke jaringan internet," kata Syahroni.


Ulasan