VIDEO: KING COCO JANA RM20,000 SEBULAN

Ramai yang menyelar slang pertuturan Coco yang kedengaran seperti dibuat-buat. Namun tatkala diajukan soalan ini, Coco menegaskan bahawa ia adalah identiti dirinya dan telah biasa bercakap seperti itu dulu lagi.



"Keturunan saya mempunyai kacukan Cina, Pakistan dan Serani. Sedikit sebanyak, slang di rumah turut memperngaruhi gaya percakapan kami. Apabila saya muat naik video di Instagram, ramai yang mempertawakan perkara ini. Mereka rasa tak senang hati dan minta ibu bapa saya tunjukkan surat beranak saya."

"Tapi kalau dilihat dari sisi positif, populariti sekelip mata ini juga membuka pintu rezeki untuk saya sekeluarga. Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang."

"Konsep inilah yang menentukan pulangan terhadap produk yang diiklankan. Ditambah hobi saya yang suka merakam video, jadi apa salahnya kalau saya cuba menjana pendapatan dengan perkara yang disukai."

"Bermula dengan suka-suka, alhamdulillah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan. Buat masa ini saya belum terikat dengan mana-mana pengurusan tapi demi kelangsungan kerjaya, saya fikir ada baiknya jika ia diuruskan oleh pihak yang mahir dan berpengalaman dengannya."

"Dalam bidang ini, banyak cabaran datang daripada aspek kreativiti dan kerenah klien yang pelbagai. Ada yang kurang sabar dan ada yang minta refund apabila hasil tak mendapat sambutan. Apa pun saya cuba bersikap profesional," ujar Coco.

SUMBER: Majalah Nona



Ulasan