Pada tahun ini (2017), bilangan jutawan melonjak 13% iaitu daripada 1,810 pada tahun lepas kepada 2,043 pada tahun ini. Jumlah nilai bersih mereka meningkat sebanyak 18% kepada $7.67 trilion. Ia adalah terbesar dalam tempoh 31 tahun yang Forbes telah mengesan jutawan di seluruh dunia.
Bill Gates di kedudukan nombor satu bagi empat tahun berturut-turut dan orang yang terkaya di dunia sejak 18 daripada 23 tahun yang lalu. Dia mempunyai kekayaan sebanyak $86 bilion, meningkat daripada $75 bilion pada tahun lepas.
Warren Buffett berada di kedudukan ke dua tahun ini dan keuntungan terbesar sejak Donald Trump telah dipilih sebagai Presiden pada bulan November 2016. Kekayaan beliau ialah sebayak $75.6 bilion.
Pengasas Amazon, Jeff Bezos mempunyai tahun yang terbaik berbanding mana-mana orang di planet ini. Dengan menambah $27.6 bilion kepada kekayaannya, kini bernilai $72.8 bilion, beliau menduduki tangga tiga teratas buat pertama kali, tahun lepas beliau berada di tangga ke lima.
Bagi kedudukan keempat pula jatuh kepada pengasas rangkaian pakaian Sepanyol Zara iaitu Amancio Ortega yang memiliki kakayaan sebayak $71.3 bilion.
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melonjak ke nombor lima buat pertama kali selepas kekayaannya meningkat $11.4 bilion dalam 12 bulan. Beliau memiliki kakayaan sebanyak $56 bilion.
Sementara itu, Carlos Slim Helu dari Mexico jatuh kepada nombor enam, kali pertama beliau terkeluar dari senarai lima teratas dalam tempoh dua belas tahun. Kekayaan beliau ialah sebayak $54.5 bilion.
Larry Ellison ialah pengasas kepada Oracle berada di kedudukan ke tujuh yang memiliki kekayaan sebanyak $52.2 bilion.
Charles Koch menduduki tangga ke lapan yang memiliki kekayaan sebanyak $48.3 bilion.
David Koch yang merupakan saudara kepada Charles Koch yang memiliki Koch Industries berada pada kedudukan nombor sembilan dengan kekayaan sebanyak $48.3 bilion juga.
Pada kedudukan ke sepuluh, Michael Bloomberg dengan kekayaan sebanyak $47.5 bilion.
Ulasan
Catat Ulasan