IKAN DALAM DUBUR

GUANGZHOU - CHINA. Seorang lelaki terpaksa membuat pembedahan apabila dua ekor ikan terperangkap dalam duburnya.

Lelaki yang berasal dari Tionkok itu dikatakan sengaja memasukkan ikan berkenaan dalam duburnya semata-mata untuk mencari kenikmatan seks lain daripada yang lain.

Seperti yang dikutip dari portal Daily Mail, lelaki berkenaan dibawa ke hospital selepas tidak tahan sakit perut yang melampau hingga dia pengsan.

Doktor Guangzhou mengakui mengeluarkan dua ekor ikan sepanjang 15 cm, lebih mengejutkan apabila salah satu ikan itu masih hidup.

Ikan pertama didapati di bahagian dubur manakala ikan kedua terjebak di bahagian kiri atas perutnya.

Menurut mangsa, ketika itu dia mabuk dan dalam pengaruh alkohol, entah bagaimana fikirannya berbuat demikian dia pun tidak pasti.

Pada keesokan harinya tubuhnya mengalami demam tinggi serta sakit perut hingga dia membuat panggilan kecemasan.


Ulasan