NAIK HELIKOPTER KE SEKOLAH

Macam dalam filem, seorang budak yang terlewat ke sekolah telah mengejutkan rakan-rakan dan gurunya apabila dia menaiki helikopter untuk kelas di Lipky, Kiev.

Budak itu dilaporkan anak kepada bekas Timbalan Menteri Belia Ukraine, Andrey Palchevskii.

Ternyata ia menjadi perhatian kerana bukan senang untuk melihat helikopter mendarat di kawasan berkenaan apatah lagi di sekolah.

Ramai yang mengecam Andrey kerana terlalu memanjakan anak lelakinya itu hingga menggunakan helikopter untuk menghantarnya ke sekolah.

Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan Andrey dengan mengelar pengkritik beliau sebagai cemburu.


Ulasan