QUEENSLAND - AUSTRALIA. Lelaki selalunya sanggup membuat keputusan yang berani dan pelik untuk membuktikan kepada wanita, namun biasanya ia tidak melibatkan reptilia gergasi, lapor Huffing Post.
Seorang backpacker warga Australia, Lee De Paauw menceritakan saat cemasnya apabila dia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam sungai dipenuhi buaya kerana ingin menarik perhatian wanita yang disukainya.
Ketika itu (terjun) saya dapat rasa inilah penghujungnya, saya menumbuk buaya itu di mucungnya. Kali kedua saya menumbuk kena tepat pada matanya dan kemudian barulah reptilia itu melepaskan gigitan, katanya pada 9news Australia.
Semuanya berlaku sangat pantas, sebaik sahaja dia terjun, saya dengar percikan air dan jeritan. Saat dia berjaya keluar dari sungai itu, seolah-olah baru lepas menonton filem Jaws. Ada banyak darah serta tulang juga kelihatan. Ia menakutkan, katanya.
Bagaimanapun, usaha De Paauw tersebut berjaya apabila dia menjadi teman lelaki kepada Patterson.
"Sebenarnya, saya tidak tahu pun ada buaya di dalam sungai itu, terjunan itu dibuat semata-mata demi dia, katanya lagi.
Ulasan
Catat Ulasan