OKU tidak semestinya cacat ye. Tapi mereka berbeza dan istimewa berbanding kita.
Orang Kelainan Upaya (OKU) ni memang istimewa. Oku ni tak semestinya melibatkan kecacatan tubuh badan. banyak perkara yang boleh dikategorikan sebagai OKU termasuklah masalah pembelajaran, masalah dari segi mental dan sebagainya.
Dan tak ada istilah nak jadi artis mesti cantik dan handsome saha. 5 selebriti Holywood ni sebenarnya OKU tapi tetap berjaya.
1. Daniel Radcliffe
Pelakon watak Harry Potter ni sebenarnya ada Dysraxia. Dyspraxia ni keadaan di mana pesakit mengalami masalah lemah otot dan IQ rendah. Daniel masih berada di tahap sederhana. Kadang-kadang dia akan terjatuh semasa berdiri atau tidak mampu imbangi badan semasa mengikat tali kasut.
2. David Beckham
David Beckham ada OCD yang agak teruk. Dia tidak boleh nampak barang yang tak tersusun sampaikan kalau menginap di mana-mana hotel, dia akan susun semula barangan di dalam bilik hotel termasuklah makanan ringan dalam peti ais.
3. Justin Timberlake
Sama juga seperti Beckham, Justin juga ada Obessive Compulsive Disorder (OCD) dan Attention Deficit Disorder (AFD). Penyakit ni terlalu teruk dibuatnya hingga dia kelihatan seperti orang sakit mental.
4. Keira Knightly
Bintang cantik ini menghidap Dyslexia sejak umurnya 6 tahun. Menjadi pelakon semestinya memerlukan Keira pandai membaca. Dia berusaha keras untuk mengatasi penyakit tersebut hingga mampu jadi pelajar terbaik di kelasnya.
5. Orlando Bloom
Sama seperti Keira, Orlando lebih kepada pendidikan seni kerana kesukarannya untuk menulis dan membaca. Jadi, dia perlu menghafal segalanya.
Ulasan
Catat Ulasan